Apa hubungan anda dengan SK Abg Ali, Sibu?

Ahmad Idham

Saturday, September 12, 2015
   
                 Ahmad Idham bin Ahmad Nadzzri adalah seorang pelakon dan pengarah filem kesukaan saya.
       
              Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St.John,Kuala Lumpur. Beliau telah meneruskan pembelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA,Arau,Perlis.

             Pada mulanya,beliau hanyalah seorang pelakon tambahan dalam filem Klu(1994). Pada tahun 1998,beliau mula menceburi bidang pengarahan dengan mengarah filem Tarantula dan telah berjaya dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2004.

             Pada tahun yang sama,beliau telah memenangi Anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia.Kini beliau sedang menguruskan sebuah akademi filem yang baru dibuka olehnya. Akademi tersebut diberi nama AIFA(Ahmad Idham Film Academy). Ianya terletak di Nusajaya,Johor. Saya pasti yang akademi filem itu akan melahirkan pengarah-pengarah filem yang berjaya pada masa hadapan. 

              Antara filem-filemnya yang saya suka ialah Jangan Pandang Belakang Congkak,Semerah Cinta Stilleto,Adnan Sempit,Aku Masih Dara dan Mael Lambong.

0 comments:

Post a Comment