Apa hubungan anda dengan SK Abg Ali, Sibu?

Mamat Khalid

Saturday, May 30, 2015

          Mohammad Bin Mohammad Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid ialah seorang pengarah filem, penulis lakon layar dan juga seorang pelakon.

              Antara karya-karya Mamat Khalid yang terkenal ialah Pinang Durian,Abang We dan Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel. Beliau pernah menerima anugerah Pengarah Terbaik ugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk filem Pinang Durian.

         Antara filem-filem Mamat Khalid yang saya suka ialah Lang Buana, Rock, Zombie Kampung Pisang, My Spy, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan banyak lagi. Namun dalam banyak-banyak filemnya, ada satu yang belum saya tonton tapi teringin mok tengok iaitu cerita Terbaik Dari Langit. Nanti saya akan ajak mama dan ayah mencari cd tersebut.