Apa hubungan anda dengan SK Abg Ali, Sibu?

Ahmad Idham

Saturday, September 12, 2015
   
                 Ahmad Idham bin Ahmad Nadzzri adalah seorang pelakon dan pengarah filem kesukaan saya.
       
              Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St.John,Kuala Lumpur. Beliau telah meneruskan pembelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA,Arau,Perlis.

             Pada mulanya,beliau hanyalah seorang pelakon tambahan dalam filem Klu(1994). Pada tahun 1998,beliau mula menceburi bidang pengarahan dengan mengarah filem Tarantula dan telah berjaya dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2004.

             Pada tahun yang sama,beliau telah memenangi Anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia.Kini beliau sedang menguruskan sebuah akademi filem yang baru dibuka olehnya. Akademi tersebut diberi nama AIFA(Ahmad Idham Film Academy). Ianya terletak di Nusajaya,Johor. Saya pasti yang akademi filem itu akan melahirkan pengarah-pengarah filem yang berjaya pada masa hadapan. 

              Antara filem-filemnya yang saya suka ialah Jangan Pandang Belakang Congkak,Semerah Cinta Stilleto,Adnan Sempit,Aku Masih Dara dan Mael Lambong.

Steven Spielberg

Sunday, August 30, 2015
                Steven Allan Spielberg yang lahir pada 18 Disember 1946 ialah seorang pengarah filem,penerbit dan juga seorang penulis skrip yang terkenal. Beliau berasal dari Amerika. Speilberg adalah seorang pengarah yang amat berpengaruh dalam bidang seni perfileman. Spielberg juga adalah salah satu pengasas DreamWorks Studio yang terkenal dengan filem animasinya iaitu Madagascar,Shrek,Kungfu Panda dan banyak lagi.

                Antara filem-filemnya yang terkenal ialah E.T(1982),Jurassic Park(1993),Jaws(1975) dan banyak lagi. Steven Spielberg adalah idola saya dan saya akan berusaha untuk menjadi sepertinya dewasa kelak.

Keluargaku :)

Thursday, June 4, 2015

comel kan.. kan.. kan..

Mamat Khalid

Saturday, May 30, 2015

          Mohammad Bin Mohammad Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid ialah seorang pengarah filem, penulis lakon layar dan juga seorang pelakon.

              Antara karya-karya Mamat Khalid yang terkenal ialah Pinang Durian,Abang We dan Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel. Beliau pernah menerima anugerah Pengarah Terbaik ugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk filem Pinang Durian.

         Antara filem-filem Mamat Khalid yang saya suka ialah Lang Buana, Rock, Zombie Kampung Pisang, My Spy, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan banyak lagi. Namun dalam banyak-banyak filemnya, ada satu yang belum saya tonton tapi teringin mok tengok iaitu cerita Terbaik Dari Langit. Nanti saya akan ajak mama dan ayah mencari cd tersebut.